Monday 30 January 2012

BAB 2


“Selamat pagi cikgu…!!!” Zairi, ketua kelas tahun 6 Beta di Sekolah Kebangsaan Slim River memberi salam setelah Iqmal memasuki kelas tersebut dan diikuti dengan murid-murid lain. “Selamat pagi murid-murid..semua boleh duduk. “ Balas Iqmal yang merupakan cikgu matematik di Sekolah tersebut. Siapa sangka, pelajar yang dahulunya malas dan kuat mengacau orang kini sudah menjadi cikgu walaupun hanya cikgu sekolah rendah. “Janji cikgu jugakan dari tak jadi cikgu..!” ayat yang selalu keluar dari mulut Iqmal apabila kawan-kawannya selalu peril dia. Dia tidak kisah dengan ayat-ayat kawan-kawannya itu. Dia sebenarnya suka akan kanak-kanak. “Ok murid-murid, hari ni kita ada ujian, semua buku atau nota sila simpan dalam beg dan letak kat belakang.” Pesan Iqmal terhadap anak muridnya sambil meletakkan soalan ujian di atas meja setiap muridnya. “kamu semua ada masa sejam setengah untuk menjawab soalan dan jangan meniru, kalau tanya cikgu tak pe..hehehhe” Iqmal cuba mengambil hati anak muridnya. Ujian tersebut telah dijalankan. Iqmal hanya memerhatikan dari tempat duduknya sahaja. Teringat dia pada zaman persekolahannya.
“Cikgu Iqmal, boleh kita berbicara sebentar.” Kedengaran suara seorang gadis yang amat dikenali datang dari arah belakang semasa Iqmal sedang menjamu selera. “Ooo..cikgu Azura rupanya..boleh je nak berbicara dan meh la duduk kat cini.”Iqmal bangun dan menarik kerusi lalu memberikan kepada cikgu Azura duduk. “Ada apa yang cikgu Azura nak berbicara dengan saya. Macam hal penting je.” Pertanyan Iqmal apabila melihat riak wajah cikgu Azura macam serius. “Begini cikgu Iqmal, saya sudah lama memerhatikan cikgu Iqmal dengan cik Sitii….”,”Apa yang cikgu Azura  nak sampaikan ni?Apa yang tak kena antara saya dengan Siti tu..?”Belum pun sempat cikgu Azura habiskan ayatnya,Iqmal terus potong ayat cikgu Azura. Iqmal agak tidak suka orang lain sibuk pasal hal peribadinya. “Bukan saya nak burukkan cik Siti tu tapi saya terpaksa juga  cakap kat cikgu Iqmal. Maafkan saya kalau saya menyinggung perasaan cikgu Iqmal. “ cikgu Azura terasa bersalah apabila melihat muka Iqmal berubah setelah dia cerita tentang kekasihnya. “tak pe lah cikgu Azura,terima kasih lah cerita hal ni. saya minta diri dulu kerana ada hal sikit. “ Iqmal terus bangun dan berlalu menuju ke pejabat.  Tuhan itu maha adil, petang itu juga Iqmal terserempak dengan Siti bersama seorang lelaki yang amat dia kenal. Hakim! Iqbal berkata dalam hati. Iqbal terus meluru ke arah Siti. Terkejut Siti apabila berhadapan dengan Iqbal. Hakim hanya tersengih. “Kan aku dah cakap dulu,ko tak kan dapat dia dari aku!” agak kasar bahasa Hakim. Ikutkan hati Iqmal, hendak sahaja Iqbal tumbuk sahabatnya itu tetapi mengenangkan persahabatan mereka,dia terpaksa lupakan. Iqbal mengalah. Dia kini sedar siapa sebenarnya Siti. “Hakim, aku tak kisah lah, setakat perempuan murah macam ni,tepi jalan aku leh dapat lah. Aku harap ko akan sedar siapa BETINA ni!”sengaja Iqbal kuatkan perkataan betina  bagi terasa sedikit perempuan itu. “kurang ajar lah ko Iqbal. Ko panggil aku betina dan perempuan murahan!” Balas Siti sambil tangannya terasa nak menampar muka Iqbal tetapi tidak sempat kerana Iqbal lebih pantas untuk mengelak. Hati Iqbal terasa sakit apabila dipermainkan oleh seorang wanita. Apa yang dia dengar selama ini dari mulut orang,benar belaka.

Friday 27 January 2012

Aku Benci Kau! Saya Suka Awak!!


                                                                                    Bab 1
“Arghhh…!!ko ingat ko boleh dapatkan dia ke..?!!aku tak dapat dia,jangan harap orang lain akan dapat dia..!!!” Ayat yang membuatkan Iqmal sering kali teringat. Ayat itu juga yang membuatkan dia dan kawan baiknya, Hakim bergaduh sampai berdarah bibir dan lebam-lebam. “Kring…Kring….Kring…!!” Telefon rumah Iqmal berbunyi dan membuatkan Iqmal tersedar dari khayalannya. “Hello…nak cakap dengan siapa?” Iqmal bertanyakan kepada siapa yang menelefon itu. Kedengaran suara seorang gadis yang menjawab. “Assalamualaikum…..” Belum sempat si penelefon sambung ayat,Iqmal sudah menyampuk. “Opss..sori…Assalamualaikum dan waalaikumussalam…..heheheh...” Iqmal sedikit terasa malu. Sepatutnya dia memberi  salam dahulu. “waalaikumussalam..tak pe…saya nak bercakap dengan Puteri.” Balas si penelefon tadi menjawab soalan yang Iqmal ajukkan pada awal tadi. Puteri adalah adik Iqmal yang sedang menuntut di UTM tetapi sekarang musim cuti semesta. “Sebelum tu,boleh saya tau sapa yang bercakap ni?” Iqmal cuba mengayat  si gadis tersebut dan belum sempat Iqmal tahu namanya,Puteri terus mencapai gagang telefon tersebut. “Kacau daun betul la puteri ni,baru nak ayat kejab…hehhehehe”. Iqmal tergelak kecil dan terus berlalu membiarkan adiknya bersembang dengan si gadis yang entah namanya. Sejak dari kes gaduh Iqmal dan Hakim,mereka sudah tidak seperti dahulu yang sering keluar bersama dan kini Iqmal lebih senang keluar berseorangan kerana berseorangan lebih aman,tenang daripada keluar berdua...

Sunday 4 December 2011

'Akhirnya Dia Jodohku'


AKHIRNYA DIA JODOHKU…

                                                                         BAB 1

Jam menunjukkan 3petang tetapi auzairi masih lagi berada di Hentian Rehat Sungai Buloh. Dia termenung teringatkan kata-kata ibunya yang ingin kan dia memilih seseorang calon untuk dijadikan menantu ibunya. “zairi, ibu rasa sudah tiba masanya kamu kenalkan calon menantu kepada ibu, umur kamu bukan nya muda lagi zairi”. kata-kata ibunya yang sedang bermain diminda dia. “Bro, sudahlah tu, jom kita gerak sekarang.” Terkejut auzairi dari lamunannya apabila shahrul naim, iaitu kawan rapat dia dari zaman kanak-kanak menegurnya agar teruskan perjalanan agar tidak terlewat sampai ke tempat yang ingin di tuju. Mereka menetap di rumah yang sama, naim lah kawan dan merupakan tempat dia meluahkan segala masalah. Mereka meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju iaitu kampung halaman auzairi. Lagu “Jangan Pisahkan” nyanyian Phyne Ballerz bermain dicorong radio, dimana lagu itu selalu dinyanyikan auzairi. Mereka menghiburkan diri masing-masing dengan bernyanyi bersama-sama walaupun suara mereka tidak lah sehebat Phyne Ballerz mahupun suara anuar zain tetapi mereka gembira sambil tergelak-gelak. Kereta yang dipandu auzairi sekali lagi berhenti rehat di Hentian Rehat Tapah. Auzairi menuju ke bilik air untuk membasuh muka bagi menghilangkan rasa mengantuk tetapi sesuatu telah berlaku dimana dia ternampak seseorang yang telah lama hilang dalam hidupnya. Dia cuba mengejar gadis tersebut tetapi hampa, gadis tersebut berlalu dengan cepat. “Raiii….” Belum sempat dia memanggil, gadis tersebut telah berlalu dengan kereta Myvi berwarna putih. Auzairi terlihat disebelahnya seorang lelaki yang amat dia kenal. “haikal….”keluhan auzairi dengan nada yang begitu kecewa. Tanpa membuang masa, dia teruskan ke bilik air untuk lakukan apa yang dia ingin lakukan sebelum terserempak dengan gadis tersebut. Setibanya auzairi di kereta, dia melihat dengan khusyuk kawannya melantak nasi lemak. “oiiitt..!!, makan tak nak tunggu aku, macam ni la member.” Gurau auzairi terhadap naim yang agak terkejut dan tersedak dibuatnya.

                                                           BAB 2

Hampir 3 jam setengah perjalanan mereka dari kuala lumpur, akhirnya sampai juga tempat yang dituju. Ipoh, kampung halamannya yang telah lama dia menetap disitu walaupun keluarganya bukanlah asal dari Perak. Keluarganya berasal dari Johor tetapi sudah lama mereka menetap di Perak terasa sayang ingin tinggalkan negeri yang sudah lama mereka duduki. Auzairi menuju ke rumah naim dahulu sebelum balik ke rumah ibubapanya. Rumah mereka tidaklah sejauh mana, hanya beberapa kilometer sahaja. Setelah menghantar naim, baru auzairi gerak ke rumah ibubapanya. “assalamualaikum…” salam diberikan auzairi dan pintu dibuka oleh adiknya iaitu atiqah. “waalaikummusalam…” agak terkejut atiqah melihat yang berdiri dihadapannya adalah abang kesayangannya. Atiqah berlari mendapatkan abangnya yang telah lama tidak berjumpa. Pelukan dan ciuman tangan menandakan bertapa rindunya seorang adik kepada abangnya. Auzairi mencium tangan dan pipi ibu kesayangannya yang telah lama menunggu. Terasa lega hati ibunya apabila melihat anaknya sampai dirumah. “ibu, ayah kemana?”pertanyaan auzairi terhadap ibunya apabila tidak ternampak ayahnya dirumah. “ayah kamu tu biasa lah, dah pencen ni, memancing lah kerjanya.”ibunya membalas sambil tergelak auzairi dibuatnya. Dia tahu ayahnya dari dahulu lagi suka memancing, setiap kali cuti pasti ayahnya pergi memancing. Kadang-kadang bukan dapat ikan pun,kalau dapat pun mesti kecil-kecil. Auzairi cuba mencari adik lelakinya tetapi tidak jumpa. “Pasti budak ni ikut ayah ke sungai.” Kata auzairi dalam hati. Air laici dihirup perlahan-lahan. Ibunya tahu anaknya suka minum air laici. Bukan itu sahaja, popia goreng pun ibunya sediakan. “Zairi, kamu cuti berapa lama? Kalau boleh, ambil lah cuti lama sikit. Kamu pon da lama sangat tak balik ke kampong.” Zairi hanya mendengar kata-kata ibunya tanpa berkata apa-apa, hanya senyuman sahaja yang mampu dia balas. Bukan ibunya tidak kenal perangai anaknya itu,sejak dari dahulu kalau tanya pasal cuti sahaja,mesti anaknya hanya senyum. Bukan zairi tidak mahu menjawab tetapi dia pun masih belum pasti sampai bila ingin mengambil cuti. “ala ibu ni, orang baru je sampai rumah, dah tanya orang balik bila..macam xsuka je orang balik.” zairi membuat muka sedih kepada ibunya walaupun muka sedih itu hanya gurauan untuk mengenakan ibunya. Agak cuak juga ibunya apabila zairi berkata begitu. Akhirnya zairi gelak setelah melihat muka ibunya terasa macam bersalah. Seronok sungguh dua beranak itu bergurau sampai tidak perasan ayah dan adik lelakinya,Aizat sudah pulang sambil membawa banyak ikan. “amboi…dua beranak ni kalau seronok,tak ingat orang lain da. Ayahnya balik pun masih tidak sedar.” Agak terkejut zairi apabila ayahnya muncul tiba-tiba. Belum pun sempat ayahnya letak ikan kat singki, zairi telah pun peluk dan cium ayahnya. Auzairi menghulur tangan kepada adik lelakinya dan disambut ciuman dari Aizat, adik bongsu auzairi yang paling manja dengan dia.

                                                         BAB 3
Hari semakin malam,mereka menunggu kepulangan seseorang lagi ahli keluarga mereka iaitu Auzaie,abang sulung mereka. Abang long sudah pun berkahwin dengan Kak Akma,kawan sekolah dia dan telah pun mendapat seorang anak yang bernama Mohd Daniel Haikal.Dari jauh mereka jangka yang abang long mereka sudah sampai, mana tidaknya bunyi exzos kereta abang long sungguh kuat. Mereka disambut dan aku tidak sabar melihat anak buah aku yang sulung ini. “nak tunggu anak sendiri, ntah bila akan dapat.”zairi berkata dalam hati sambil tersenyum. Rumah yang selalunya sunyi, kini menjadi riuh dengan semua anak-anak ibu pulang lagi-lagi terdapat budak kecil ini, lagi lah riuh. Hidangan makan malam sudah pun disediakan oleh ibu. Nasi Briyani bersama ayam masak merah, sayur campur, daging masak hitam dan udang menyelerakan auzairi dan keluarganya makan. Sungguh sedap masakan ibunya. Setelah selesai mereka “dinner” bersama, mereka menghabiskan masa malam itu dihadapan tv sambil menonton cerita carekarama di TV3. Auzairi dan abang longnya duduk dipintu utama sambil minum air milo yang dibuat ibunya. Sudah lama zairi dan abang long tidak berjumpa, kali terakhir mereka jumpa pada hari raya puasa lepas. “cantik kereta kau zairi, tak cakap aku pun nak beli?” zairi sudah menjangka yang abangnya itu akan tanya pasal kereta. “kereta murah je, tak macam kereta kau, kereta mahal. Nak bagitahu macam mana,kau tu asyik busy je.” Jawab zairi dengan senyuman kepada abang longnya. “kau pun sekarang da ada kereta,kerja pun da cukup bagus,bila nak menambah menantu ibu ni. Ibu da xsabar nak dapat menantu seorang lagi tu.hehehe!!”Belum pun sempat zairi nak tanya,abang long pantas tanya bab kahwin sambil ketawa. Terdiam zairi dengan pertanyaan abangnya itu. ‘asal aku balik je,mesti nak tanya pasal kahwin. Adoi, parah ni!’ kata zairi dalam hati. “Kau ni,jodoh aku belum sampai lagi,nak kahwin macam mana lagipun sekarang ni susah lah nak cari perempuan yang betul-betul jujur dan ikhlas.”keluh zairi kepada abang longnya. Abang longnya masih tak puas hati dengan jawapan adiknya itu. Bukan abangnya tak tahu yang adiknya banyak sangat perempuan. Tengok sahaja kat laman sosial “FACEBOOK” berapa ramai perempuan yang ada,yang selalu komen status dia. Zairi sahaja yang jual mahal. “kamu tak payah nak tanya dia zaie(panggilan ibu terhadapa abang long),da jernuh ibu tanya pasal kahwin,jawapannya tetap sama.” Tiba-tiba suara ibunya muncul semasa dua beradik itu kecoh berborak. Hanya senyuman yang mampu zairi berikan kepada ibunya. Senyuman yang agak malu untuk menjawab soalan abang dan ibunya itu. Ibunya masih tidak puas hati dengan jawapan zairi. Akhirnya ibunya member cadangan. “zairi,kalau kamu nak,ibu boleh tolong carikan seorang calon untuk kamu. Ibu rasa calon ni sesuai untuk kamu,kamu pun da kenal dia dari zaman kanak-kanak.” Zairi terkedu dengan cadangan ibunya itu. Bukan dia tak nak ibunya carikan,tetapi kalau boleh dia nak cari sendiri bakal isterinya. Dalam hidupnya sekarang ada beberapa gadis yangs sedang dinilai untuk menjadi calon tersebut. “ibu,tak pe lah orang boleh cari lagi.”perlahan kata yang keluar dari mulut anak bujangnya itu. Ibunya hanya tersenyum dan memberi syarat iaitu mesti kenalkan calon menantu kepada ibunya dalam 3bulan ini,kalau tidak,ibunya sendiri akan mencarikan calon tersebut. Zairi hanya mengangguk dan tersengih-sengih dengan syarat ibunya itu. Malam semakin gelap, zairi meminta izin untuk memasuki bilik sekejab setelah telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama “Sofea” di skrin telefonnya. Sofea, gadis yang tidak bertudung tetapi baik hati dan jujur. Kawan yang dikenal semasa mengikuti kursus ‘Team Work Passion’. “Assalamualaikum Zairi…buat apa tu? I ganggu u ke?”suara ayu dari sofea membuatkan hati Zairi cair sedikit. “waalaikumusalam Sofea..i kat kampung ni,petang tadi sampai.Tak ganggu pun u.I tengah berborak dengan my family je.” Perbualan Zairi dengan Sofea seperti orang yang sedang bercinta tetapi mereka hanyalah kawan. Sofea juga adalah salah satu calon menantu ibunya tetapi masih lagi dalam pernilaian. Ucapan “Good Nite dan Bye” mengakhiri perbualan mereka berdua. Auzairi keluar semula untuk berbual semula bersama keluarganya. “Amboi..tersengih sampai ke telinga. Nampaknya calon menantu ibu sudah jumpa tu. Hehehe..!!”seloroh abang longnya dengan gelak ketawa ahli keluarganya yang lain. Merah muka Zairi apabila abang longnya berkata begitu. “mana ada,tu kawan aje lah. Kalau menantu ibu,da lama orang bawa balik.” Balas Zairi sambil tersenyum kepada ibunya. Adik-adik Zairi meminta izin untuk tidur kerana malam sudah agak lewat. Selamat malam diucapkan kepada ibu mereka. Kini,giliran ibu dan ayah serta abg long dan kak long untuk masuk ke bilik masing-masing. Auzairi masih lagi menghadap televisyen menonton cerita hantu Indonesia. Waktu malam-malam begini,cerita hantu Indonesia sahaja yang seronok menonton walaupun agak seram juga jalan ceritanya.Sambil menonton televisyen,dia terfikir semula akan gadis yang dia terserempak di hentian rehat tadi. Tak salah lagi,dialah Raihan,kekasih lama Zairi semasa di alam university dahulu. Mereka bercinta agak lama juga iaitu selama 4tahun tetapi disebabkan jauh,mereka sering bergaduh dan akhirnya membawa kepada perpisahan. Zairi teringat akan kata-katanya kepada Raihan 5 tahun yang lepas “Bukan aku minta perpisahan ini!kau yang curang dengan aku!” Menyesal pun tidak ada guna kerana nasi sudah menjadi bubur. Benang yang putus boleh disambung tetapi ikatan kasih tidak mampu disambung walaupun dipaksa. Akhirnya Zairi tertidur diatas sofa sambil tv masih lagi terpasang.

                                                     BAB 4
Kok!kok!kok! Bunyi ayam jantan membuat Zairi tersedar dari tidur dan melihat jam sudah jam 6 pagi. Dia segera menutup tv dan segera ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja solat subuh,dia melihat ibunya sibuk didapur. Hasrat ingin menolong tetapi mata terlalu berat dan akhirnya dia terlena mungkin disebabkan perjalanan siang tadi yang membuatkan dia terlalu letih. “Angah..bangun!! Ibu suruh bangun cepat!”Jeritan Atiqah yang sememangnya boleh terkeluar tahi telinga dibuatnya. Nak tak nak,kenalah Zairi bangun dan mencapai tuala ditingkap terus segera ke bilik air. Selesai mandi dan siap berwangi-wangi,Zairi ke dapur untuk melihat sarapan apa yang disediakan oleh ibunya. “wah…ibu masak nasi lemak sambal sotong tu!”terkejut ibunya melihat Zairi menjerit. Selamat ibunya masih sihat,kalau ada sakit jantung alamatnya rebah masa itu. “Kamu ni Zairi,buat ibu sakit jantung je! Sudah,pegi makan cepat sebelum lauk tu sejuk nanti.”nasihat ibunya terhadap zairi yang suka sangat menyakat ibunya. Hari ini hari sabtu,dia mencapai remote astro dan menekan info untuk melihat ada cerita best tak untuk hari ini. Channel kartun juga yang dia pasang. Walaupun sudah besar,cerita kartun juga yang tersemat dihati. Kepala kartun sama macam adik lelakinya Aizat. Tetapi Aizat tiada dirumah mungkin bermain futsal dengan kawan-kawannya. Ayah keluar ke kedai membeli surat khabar,abang long dan kak long keluar shoping barang anak mereka. Tinggal Zairi dan ibunya sahaja dirumah. Ingin keluar ke Bandar,terasa bosan sebab tiada teman. Zairi ke dapur untuk melihat ibunya ingin masak apa. Sebenarnya Zairi ini pandai juga masak kerana dahulu pernah bekerja chef walaupun di university dahulu belajar lain. “Ibu nak masak apa hati ni? Biar orang masak la hari ni,bosan la tak tahu nak buat apa.” Pujuk Zairi terhadap ibunya walaupun ibunya suruh dia berehat sahaja. Dia mencapai pisau, potong segala apa yang terhidang dihadapannya. Ada tulang lembu disingki,dia memikir ingin membuat sup tulang. Zairi mengambil shallot,bawang putih,halia,batang saleri,daun sup dan serai untuk dikisar. Sementara ibunya membuat masakan lain. Ada adik perempuan pun bukan dia tahu masak. Perempuan zaman sekarang, tak ramai yang pandai masak. Bahan yang dikisar telah pun ditumis bersama rempah tumis(empat sekawan) sehingga bau wangi. Tidak sabar rasanya ingin merasa masakan tersebut kata ibunya yang sedang memasak lauk ayam masak merah. Setiap kali saudara mara mereka datang,pasti mereka puji Auzairi kerana dia pandai masak dan mereka sering bergurau yang ingin menantukan Zairi. Hampir tergelak ibunya semasa saudara mara mereka kata begitu. Nak buat macam mana,sudah hobi Zairi dalam bidang masakan ini. Makanan hampir siap sedia untuk dihidang. Ayah,Aizat dan Atiqah sedang menonton tv manakala abang dan kak long masih belum pulang lagi. Selesai makan bersama,Zairi mencapai telefonnya untuk mengajak naim keluar ke Jaya Jusco ataupun Ipoh Parade. Hanya situ sahaja tempat yang menarik kerana Ipoh bukanlah bandar besar macam Kuala Lumpur. Naim tidak dapat meneman Auzairi keluar disebabkan dia ada temujanji dengan teman wanitanya. Dalam hati Zairi berkata,nak buat macam mana,nasib badanlah tiada teman wanita. Dia mencapai deadoran dan perfume untuk berbau harum. “Ibu,orang keluar sekejab ek. Ada apa-apa nak kirim tak?” zairi meminta izin sebelum keluar. Ibunya hanya menggelengkan kepala sahaja. Enjin kereta Myvi dihidupkan,hala tuju masih belum lagi ditentukan. “Pegi je lah kemana sahaja” Keluh Zairi sendirian. Kalau dahulu masa zaman belajar,asal balik kampung sahaja pasti menuju kearah Meru untuk menjemput si dia. Terlalu banyak kenangan bersama dia. Kini,kenangan itu hanya tinggal kenangan kerana dia pun sudah bahagia bersama orang tersayang. Fikiran Zairi kini terarah kepada sign board kearah mana dia ingin tuju. Dia mengambil jalan ke sebelah kiri,jalan menuju ke Jaya Jusco kalau mengambil jalan ke kanan,dia akan ke Ipoh Parade. Jalan agak sesak juga disebabkan hari ini hari cuti,ramai yang keluar bersama keluarga ataupun teman. Lagu “Senyum” nyanyian anak timbalan perdana menteri,Najwa aku ikut bagi menghiburkan hati yang tidak berapa seronok.”Fuhhh…!!selamat aku,kalau tidak mati juga budak tu kena langgar!”sambil mengucap Zairi apabila tiba-tiba sebuah motosikal keluar dari selekoh tanpa melihat kiri dan kanan. Hon kereta belakang membuatkan Zairi geram kerana tak tahu nak sabar. Selamat Zairi seorang yang penyabar,kalau lelaki lain,sudah kena maki pemandu kereta belakang dan budak yang bawa motosikal tesebut. Akhirnya sampai juga dan Zairi ingin memcari parking dahulu. Nampaknya terpaksalah parking diatas bumbung disebabkan parking dibawah sudah penuh. Puas mencari parking,akhirnya jumpa juga. Begitu ramai orang di dalam Jaya Jusco. Pening kepala Zairi melihat ramai sangat orang sampai nak jalan pun berhimpit-himpit. Zairi terus menuju ke tempat wayang kerana dia memang ingin menonton movie “Real Steel”,movie yang amat menarik jalan ceritanya,berkisahkan seorang ayah yang tidak bertanggungjawab terhadap anaknya. Tetapi semakin lama bersama anaknya,dia semakin berubah. Tiket jam 3.45 petang tetapi sekarang baru jam 2.30 petang,masih awal lagi. Zairi terasa ingin berjalan-jalan di sekitar Jaya Jusco dahulu untuk melihat barang-barang sambil itu boleh mencuci mata sekali. “Hehehhehe” gelak zairi dalam hati. Sementara itu,di rumah terdapat tetamu iaitu kawan lama ibu Zairi iaitu makcik Zarina. Ibu Zairi sudah lama tidak berjumpa dengan makcik zarina semenjak mereka berpindah ke pulau pinang. Makcik Zarina datang bersama keluarganya dan suaminya bernama pakcik Dajwi adalah kawan ayah Zairi juga. Anak-anak makcik Zarina semuanya sudah besar. Anak lelaki sulung telah pun berkahwin dan mempunyai dua orang anak manakala anak perempuan paling sulung,Fatin Amira sudah pun bekerja sebagai cikgu di sekolah Kuala Lumpur dan yang dua orang lagi iaitu Fatin Atiqah dan Fatin Adila masih belajar di university tempatan. Zairi dan Fatin Amira tidak tahu yang sebenarnya ibu mereka ingin menjodohkan mereka bersama. Ibu Zairi teringin berbesan dengan makcik Zarina. Setelah 2 jam, baru habis cerita “Real Steel”. Memang seronok dan tidak sia-sia menonton movie tersebut. “Patutlah kawan-kawan aku tengok berkali-kali cerita ni.” Kata Zairi dalam hatinya. Ketika berjalan keluar dari wayang,Zairi sekali lagi terserempak dengan Raihan,kekasih lamanya. Tetapi ketika itu,Raihan berpegangan tangan bersama seorang lelaki iatu kawan Zairi juga,Haikal. Zairi hanya memanggil Haikal. “Haikal…..!!wah..sombong sekarang,aku yang besar ni pun ko tak nampak kan. Maklumlah,dengan orang TERSAYANG katakan.” Sengaja Zairi menyebut tersayang itu kuat bagi Raihan terasa. Jelas sekali muka Raihan berubah apabila bertemu dengan Zairi. “Sorry lah bro,aku tak Nampak ko la. Ko kan kecik je. Hehehe” gelak Haikal kepada Zairi. Mereka memaklumkan yang mereka ingin bertunang pada minggu hadapan. Terkejut Zairi apabila perkataan bertunang itu keluar dari mulut mereka. Dia sudah terlambat untuk menambat hati Raihan semula kerana mereka sudah pun ingin bertunang. Hanya tahniah sahaja yang mampu Zairi lafazkan kepada Raihan dan Haikal.”Aku doakan korang berbahagia sampai ke akhir hayat..tahniah bro!kahwin jangan lupa jemput.” Auzairi berjalan dengan perasaan yang hampa sekali. Dia mula terkenang akan kisah lamanya bersama Raihan. Setiap sudut di dalam Jaya Jusco pasti ada kenangan mereka bersama,itu yang membuatkan hati Zairi tersentuh.Keluarga makcik Zarina baru sahaja pulang sebelum Zairi tiba di rumah. Kalau awal sedikit,sudah pasti mereka akan berjumpa. Muka Zairi agak suram apabila keluar dari kereta dan ini membuatkan ibunya bingung memikirkan masalah anaknya itu. “ kenapa pula ni? Balik umah terus masam je muka tu,gaduh dengan kekasih ke?”ibunya terus bertanya kepada Zairi setelah anaknya diam sahaja. Zairi hanya berlalu dengan tidak berkata apa-apa terhadap ibunya dan terus menuju kebiliknya bagi menenangkan fikirannya yang serabut. Dia terlena setelah penat berjalan dan lelah memikirkan perasaannya yang sedih itu.Setelah berkumandangnya azan magrib baru la Zairi terjaga dari lenanya, itupun setelah dikejut oleh Aizat kalau tidak,sampai ke malam lah dia tidur. Zairi terasa sakit kepala mungkin disebabkan tidur pada waktu petang. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Air pancut dibuka kuat menghala ke kepalanya bagi menghilangkan sedikit sakit kepala yang dialaminya. Sekali lagi telefon Zairi berbunyi tetapi dia tidak sedar kerana berada didalam bilik air. Selesai semuanya,Zairi melihat telefonnya dan tertera 3 panggilan yang tidak dijawab. Dia dapat mengagak kalau bukan Sofea siapa lagi yang menghubunginya tetapi alangkah terkejutnya apabila Raihan yang menghubunginya. Zairi tidak menyangka yang Raihan akan menghubunginya walaupun raihan akan menjadi tunangan orang. Nombor raihan ditekan.



Zairi : “Assalamualaikum..Ann kan? Zairi ni,tadi Ann call Zairi ke? Kenapa ek?” persoalan yang dituju oleh Zairi kepada Raihan.
Raihan : “Waalaikumusalam….a’ah,tadi Ann call Zairi tapi tak diangkat,ingatkan Zairi dah tak nak angkat. Ann saja nak call Zairi,nak minta maaf atas apa yang berlaku dahulu.” Ayat Raihan yang agak sedih.
Zairi : “sudah lah Ann,benda dah lama,Zairi pun dah lupakan segalanya.” Zairi agak pasrah dengan apa yang berlaku dahulu.
Raihan :“Sekali lagi Ann minta maaf ek,jangan lupa datang ke rumah Ann nanti.”
Zairi : “Insyallah kalau Zairi masih lagi ada kat Ipoh,dan jangan lupa kirim salam kat family. Ok la,Zairi nak solat dahulu. Assalamualaikum.” Cepat-cepat Zairi ingin menghabiskan perbualan dengan Raihan.
Raihan : “ok la tu..waalaikumusalam..”


                                                          BAB 5




Pagi-pagi lagi Zairi sudah dikejutkan oleh ibunya agar menemaninya ke pasar borong kerana tengah hari nanti ada tetamu ingin datang ke rumah. Bertapa liatnya Zairi hendak bangun pagi-pagi buta. Untuk tidak menghampakan ibunya,dia bangun dan hanya mencuci muka ala macam cerita bujang lapok. “Bukan ada awek pun dekat pasar borong,ikan banyak lah.” Luahan Zairi kepada ibunya setelah ditegur tidak mandi. Bermacam-macam barang dibeli ibu. Ikan,ayam,daging,sayur dan macam-macamlah. ‘Rasa macam nak buat kenduri sahaja ibu aku ni.’ Kata Zairi dalam hati. Balik dari pasar basuh kaki lepas itu terus terbongkang atas katil. Begitulah kehidupan anak bujang yang kerjanya tahu tidur sahaja. Belum sempat ibunya pesan suruh masak siang nanti,dia sudah kembali kealam mimpi. “Bertuah punya anak.” Kata ibu kepada zairi. Riuh rumah dengan suara si kecil Daniel Haikal itu. Menangis sahaja bila dikacau Pak su Aizat,pantang dikacau barang sedikit,pasti menangis panggil mamanya. Tetamu yang ditunggu sudah sampai. Rupanya makngah dan pakngah serta Azia dan Alin yang datang. “Ingatkan siapalah tetamu yang special sangat ibu tunggu,rupanya makngah dan pakngah yang datang.” Gurau Zairi sambil menghulur tangan untuk mencium tangan makngah dan pakngah. Makngah mempunyai 3 orang anak,semuanya perempuan. Anak makngah paling sulung,Azimah telah mendirikan rumahtangga. Makngah selalu mengenakan Zairi dengan sepupunya itu disebabkan mereka sebaya dan amat rapat sebelum ini. “Tu la Zairi,kamu sudah terlambat dah. Azimah dah pun berkahwin dengan orang lain. Dulu makngah nak jodohkan kamu,kamu jual mahal.” Tergelak ibu Zairi apabila makngah berkata bergitu. “Ala makngah ni,bukan orang tak nak tapi anak makngah tu yang jual mahal..hehehhe!!” Zairi kenakan makngahnya semula sambil mengunyah goreng pisang yang dibeli maknya tadi. “Kamu ni ngah,dorangkan sepupu,tak elok kalau nak dijodohkan. Tak berkembang keturunan.” Sampuk ibu Zairi yang sememangnya tidak berkenan nak menantukan anak saudara sendiri. Zairi membiarkan ibu dan makngah didapur. Hidangan telah disediakan,mereka makan dengan seleranya. Makngah dan pakngah tidak bermalam dirumah Zairi kerana mereka dalam perjalanan ke Kedah untuk melihat cucu pertama mereka,anak Azimah dan suaminya. Petang itu,Abang long dan ayah keluar mencari umpan untuk pergi memancing ke tempat yang tidak pasti. Zairi bukan tidak suka memancing tetapi malas nak bermain dengan lumpur dan nyamuk. “Maklumlah orang bandar,mana suka dengan kotor-kotor ini.” Selalu sahaja dia kena perli dengan abang long dia kalau setiap kali diajak memancing. 
Esok hari terakhir Zairi di Ipoh,dia merancang ingin ke Lumut bersama kawan-kawan lamanya. Agak lama jugalah Zairi tidak jumpa dengan Akim,Taufik,Intan,Wardina dan Amirul. Merekalah kawan sekolah yang pantang berjumpa pasti ada sahaja benda yang boleh dibuat. “tut..tut….tut…!!” telefon Zairi berbunyi,tertera nama Naim di skrin. “Hello bro!! jam 3 petang kumpul di rumah aku dan kita gerak beramai-ramai ke Lumut.” Ajakkan Naim yang agak bersemangat. Maklumlah ada buah hati ikut sekali,mana tidak sukanya. “Ok bro!!” ringkas jawapan Zairi sambil mata tengah mencari baju apa yang sesuai untuk dipakai nanti. Seperti yang dirancang,semua sudah berkumpul dirumah Naim dan mereka bergerak dengan dua buah kereta. Mereka sungguh seronok seperti orang yang tidak pernah Nampak pantai. “Aku sudah lama tidak mandi pantai kat sini wei….last aku mandi masa umur aku 20tahun sekarang da 28tahun. Sedihkan..” Akim membuat muka sedih kepada Intan tanda tumpang sedih dengan apa yang dia luahkan. “Esok aku dengan Naim last kat Ipoh ni,lepas ni susah lah nak jumpa korang. Korang kalau turun KL,roger la aku dengan Naim.”tangan Naim menepuk belakang Zairi tanda setuju apa yang dia cakap. Selesai mandi manda,mereka pusing satu Lumut dan Manjung sambil membeli belah. Kerana terlalu khusyuk membalas mesej di telefon, Zairi terlanggar seorang gadis sampai terjatuh gadis tersebut. “Opsss..!!sorry, my fault..are you ok??” Zairi terasa bersalah dan malu atas apa yang berlaku. “It’s ok! salah saya juga sebab jalan tak pandang depan..maaf ek..”terasa lega hati Zairi apabila gadis tersebut tidak marah. Zairi terasa macam pernah terjumpa gadis tersebut tetapi tidak tahu dimana. Belum sempat Zairi ingin tahu namanya,gadis tersebut terus berlalu ke tempat yang ingin dituju sambil mata Zairi tidak lepas memandang gadis itu sampai gadis tersebut hilang dari pandangan. “Aduh..! terlepas aku ingin tanya namanya..hurm..” Mengeluh Zairi dalam hati.

                                                         BAB 6
Auzairi mencium tangan ibu dan ayahnya sambil mencium pipi. Kesedihan terpancar di wajah ibunya apabila anak kesayangannya memasuki kereta. Enjin kereta dihidupkan dan Zairi melambaikan tangan kepada keluarganya. Dia menuju ke rumah Naim kerana mereka sememangnya balik bersama. Radio Era dipasang,lagu “doa perpisahan” nyanyian Brothers membuatkan mereka bertambah sayu. Mereka berhenti rehat di hentian Tapah untuk mengisi minyak.  Mungkin sudah jodoh mereka,Zairi sekali lagi terlanggar gadis yang sama semasa di Lumut. “Bukankah awak ke yang saya terlanggar kat Lumut semalam.” Tanpa berlengah masa,Zairi bertanya kepada gadis tersebut walaupun dia sedar memang gadis tersebut tetapi gadis tersebut seolah-olah tidah ingat akan kes semalam. “Yeke? Saya pun tak pasti. Memang saya ada terlanggar orang semalam tapi tak cam siapa yang saya langgar. Maaf ek.” Gadis itu mungkin lupa sambil berlalu meninggalkan Zairi. “Bro,aku terlanggar awek semalam tu lagi la. Aku rasa jodoh aku dengan dia kuat la.” Bersemangat Zairi menceritakan kepada Naim. “Hahahhahaha..!!! banyak la ko punya jodoh. Sudah,isi minyak cepat!” hanya ketawa sahaja yang mampu di beri Naim kepadanya. Bukan Naim tidak Nampak yang Zairi terlanggar gadis tersebut,cuma malas nak layan sangat perasan Zairi itu. Perjalanan diteruskan,cuaca seperti ingin hujan. Tepat sekali jangkaan mereka,tidak sampai berapa minit,hujan turun dengan lebatnya. Zairi memandu dengan berhati-hati takut terjadi perkara yang tidak diingini. Sampai di Tanjung Malim,berlaku satu kemalangan antara lori dengan kereta. Agak remuk jugalah kereta tersebut,tidak pasti pemandunya selamat atupun tidak. Di kampung,ibu Zairi berasa tidak sedap hati setelah melihat berita kemalangan tersebut di televsyen. Kereta yang terbabit seakan sama dengan kereta anaknya. Ibunya lega apabila dapat menghubungi anaknya dan tidak terbabit dalam kemalangan tersebut. Hanya kereta sahaja sama. Mereka agak lewat sampai dirumah disebabkan mereka singgah sebentar di Rawang berjumpa dengan Saiful,kawan sekolah rendah dahulu. Akhirnya mereka sampai di Apartment Desa Baiduri,Cheras yang telah lama mereka duduki. Kereta diletakkan berhampiran dengan kereta Naim. Zairi terasa amat letih dan mengantuk dan terus menuju ke bilik dia yang terletak bersebelahan dengan bilik air. Setibanya Zairi di pejabat,alang terkejutnya apabila gadis yang dia terlanggar hadir ke pejabat. “Kecil sungguh dunia ini kan.”soalan Zairi kepada gadis tersebut yang tidak sedar akan kemunculan bosnya. “Amboi Zairi,cantik ayat kamu. Nak mengayat ke?”tanya bosnya,en Am. “ahh…tak de lah bos.”agak tergagap percakapan Zairi. “Ni anak sedara saya lah. Fatin Amira. Jadi cikgu kat KL ni.”sambung en Am mengatakan gadis tersebut adalah anak saudaranya. Takut juga Zairi kalau bakal isteri bosnya. “ohh..cantik lah kalau macam tu..hehhee.” seronok Zairi. “Apa yang cantiknya Zairi oii?”en. Am bertanya lagi dan Zairi hanya tersenyum sahaja. Fatin Amira terasa malas hendak melayan perangai Zairi itu,lalu meminta izin pakciknya untuk keluar dari pejabat itu. Zairi dan Amira sering kali terserempak semasa mereka keluar. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka tetapi mereka jarang bertegur. Sudah banyak kali Zairi ingin mendapatkan nombor telefon Amira tetapi Amira tidak pernah bagi. Mungkin dia tidak percaya kepada Zairi. “Maklumlah,orang “handsome”,bergaya,berduit tak kan tak de sapa-sapa. Tipu je lebih. ”Amira berkata dalam hati. Pejabat mereka mengadakan percutian ke Pulau Langkawi. En. Am memaklumkan yang Fatin Amira akan sertai mereka. Zairi terasa seronok apabila terdengar nama Fatin Amira. Dia akan sedaya upaya menambat hati Amira.”Yes….!!peluang aku.”Zairi sudah mula berangan. Hari yang dinantikan telah pun tiba. “Pulau Langkawi..!!I’m coming!!”Zairi menjerit keriangan macam kanak-kanak yang baru pertama kali ikut rombongan.

Rasa sayang eh, rasa sayang, sayang eh,
Hey, lihat nona jauh, rasa sayang sayang eh!
Rasa sayang eh, rasa sayang, sayang eh,
Hey, lihat nona jauh, rasa sayang sayang eh!
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan…
Seisi di dalam MPV hanya bertepuk tangan mengikut irama lagu yang dinyanyikan oleh Naim diiringi Zairi yang memetik gitar kesayangannya. Mereka semua dalam perjalanan ke jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Percutian ke Langkawi disertai oleh rakan-rakan Zairi serta Fatin Amira. Amira adalah anak saudara kepada En Am iaitu bos Zairi. Fatin Amira sedari tadi masam mencuka. Fadhilah,kawan Zairi memecah kesunyian antaranya dengan Amira, “Amira, kau kenapa? Masam ja muka? Kau pening ke?”Amira menjawab, “Tak la. Aku tak pening cuma sakit hati asyik dengar mangkuk-mangkuk tu bising.”“La, itu ke. Dah tau sangat itu perangai diaorang. Nak buat macam mana lagi. Sabar je la.” Balas Fadhilah.Naim dari tadi asyik mencuri-curi pandang ke arah Amira. Walaupun jasadnya sedang bermain gitar, fikirannya melayang jauh memikirkan Amira. Dalam fikirannya, “Apasal si Amira nie masam semacam je? Kena buat sesuatu nie.”“Ehem..Ehem..Semua diam. Tolong hayati apa yang aku nak cakap nie.” Zairi bersuara. Satu bas diam. Naim yang sedang asyik melalak turut berhenti menyanyi.
Zairi menyambung katanya,
“Kuih karipap dimakan siang,
kuih koci dibuat berbuka,
Wahai cik Amira ku sayang,
Kenapa saudari bermasam muka?”
Suasana yang tadinya diam kembali ceria dengan ketawa setiap pelajar. Naim mencelah dengan ketawa yang masih bersisa, “Weh Zairi, ko fikir nie macam dalam cerita Bapakku Pak Lebai, bye-bye ke? Hahahaha. Lawak betul. Macam mana la boleh timbul idea nie?”“Tapi alang-alang Zairi dah jual pantun kat Amira, Amira kena beli la. Go Amira. Go Amira.” Sambung Naim lagi.Kawan-kawan mereka menyahut, “Betul betul betul.”Amira tidak mahu ketinggalan dalam aktiviti berpantun yang sedang diadakan di dalam kenderaan tersebut.

“Pergi ke kedai membeli ikan perkasam,
ikan dicuri anak kera,
Macam mana muka tak masam,
Dah kera-kera bergayut bergembira.”
Masing-masing tidak dapat menahan ketawa. Mereka faham bahawa kera-kera yang dimaksudkan Amira itu ialah Zairi dan Naim. Mana tidaknya, sepanjang dua jam perjalanan mereka di dalam kenderaan untuk ke jeti Kuala Kedah, hanya Zairi dan Naim yang tidak henti-henti melakukan pelbagai aksi. Menyanyilah, ketawalah, berdramalah. Semua merekalah.“Ini tak boleh dibiarkan nie. Muka sehensem aku dia panggil kera. Panggil Zairi kera cukup la” ujar Naim.“ehem. Hari-hari tengok jam,Haih, kejam.” “Boooooo!!!” mereka menge‘boo’ Naim. Naim menjawab, “Apa? Okay la tu. Pantun dua kerat. Pantun jugak. Eleh. Jealous la tu.”Ketawa mereka pecah juga. Dalam kesibukan mereka bergelak tawa, tiba-tiba en.Am bersuara.” Menyelam-nyelam mencari rumpai, Budak-budak……kita dah sampai.” Semua terkedu. Selepas beberapa saat. “hari-hari makan mee rebus,terbaiklah bos.” Zairi bersuara sambil melakukan thumbs up. Selesai sudah aktiviti berpantun di dalam MPV dengan pantun penutup daripada en. Am. Jelas terpancar wajah riang di muka mereka kerana mereka telah selamat sampai ke jeti Kuala Kedah. Maksudnya, mereka sudah tidak jauh lagi dari Langkawi. Ketika sedang menunggu feri tiba, Naim dan Zairi berbual-bual.Naim memulakan perbicaraan, “Sejak bila En Am pandai buat lawak macam tu? Macam tak caya ja aku. Boleh tahan dahsyat jugak dia tu.”“Okay la tu. Dia memang suka buat lawak kot. Kita ja yang tak tau. Kita takut dengan dia sebab dia bawak title Harimau Jadian kot.” Balas Zairi.Naim terfikir sejenak, “Herm. Betul jugak. Aku pun takut jugak dengan En.Am tu. Aku, kalau nak buat lawak dengan dia pun kena tapis dulu lawak tu. Dah la misai macam Sarjan Misai. Mau tak cuak aku.”Akhirnya, feri yang dinanti tiba juga. Mereka bergegas-gegas menaiki feri.“WEH minah, aku nak duduk kat situ la.” Zairi membentak.“Mana boleh. Tak ada nama kau pun kat sini. First come first serve la bai. Siapa suruh kau lambat. Nasib la. Kau pergi ja duduk kat tempat lain.” balas Amira.“Aku tak kira. Aku nak duduk situ jugak. Kita 1…2…3…jus. Kalau aku menang kau kena blah. Biar aku duduk situ.” Zairi menyambung bicaranya.Amira hanya mengangguk.1…2…3..jus ! Sama. Setelah tiga kali mereka bermain barulah ada keputusannya. Zairi menang. Amira mengalah dan bangun. Tiba-tiba, ” korang,tolong duduk ye. Aku pening tengok korang dua orang main.” kata Fadhilah yang duduk di kerusi hadapan mereka.Amira hanya tersenyum dan membalas, “Sorry dila. Saya duduk ye Zairi. Dila tu suruh aku duduk lah. Hehehe.” Amira kembali duduk di tempatnya. Zairi sudah muncung sedepa. Dalam hatinya, ” Sibuk je dila nie. Dah pening, tengok kitaorang main apasal? Huhuhuhu. Tak merasa la aku nak duduk kat tepi tingkap nie.”“Korang nampak tak jambatan tu? Jambatan apa tu?” tanya Naim.“Itulah jambatan Tok Pasai.. Jambatan Tok Pasai nie jadi laluan utama yang menghubungkan seberang kota dengan Kuala Kedah. Sebelum jambatan nie dibina, orang seberang Sungai Kedah guna sampan dengan perahu ja. Tak ada jalan lain.” jelas En Am dengan panjang lebar.Tiba-tiba, Zairi mencelah, “Alamak. Aku rasa pening la. Nak termuntah pun ada jugak.”“Zairi! Kau mabuk laut ke? Jangan la muntah kat sini.” tanya Amira.Zairi membalas, “Kau tak bagi aku muntah kat sini, pastu kau nak suruh aku muntah kat mana? Dalam baju aku? Mana la aku tahu aku nie mabuk laut ke tak. Nie first time aku naik feri.”“Kalau aku boleh muntah dalam baju kau pun okay jugak. Hehehehe. Nah. Kalau nak muntah, muntah dalam beg plastik nie. Ambil minyak angin nie, sapu kat dahi kau tu. Lagi satu, kalau kau nak muntah, sound tu bagi slow sikit. Kalau tak, sekali dengan aku muntah jugak.” kata Amira.“Pot-pet macam mak aku la kau nie. Thanks.” balas Zairi. Jauh di sudut hatinya, dia sangat bersyukur kerana ada Amira di situ. Kemudian, dia hanya mengikut arahan Amira. Sepanjang perjalanan, dia hanya memejamkan matanya dan berharap peningnya itu akan beransur-ansur hilang.“Tak padan dengan mabuk laut. Ada hati nak duduk dekat tepi tingkap nie. Ceh.”“Amira…Walaupun mata aku pejam, aku still boleh dengar apa yang kau kata tau.” kata Zairi. “Apa? Kau tidur je la diam-diam. Lambat lagi nak sampai. Sampai nanti aku gerak la.”Balas Amira. Dalam hatinya, ” Aku ingatkan dia tidur. Dengar pulak mamat nie. Hehehehe.”Setelah satu jam setengah berada di atas feri, akhirnya, mereka tiba ke jeti Kuah Langkawi. Kemudian, mereka menaiki van untuk ke hotel.Naim memapah Zairi ke dalam van. En Am memberitahu bahawa van akan bergerak 20 minit kemudian kerana memberi ruang kepada pelajar yang ingin menggunakan tandas dan sebagainya.Naim memberitahu Amira, ” Kau tolong tengokkan Zairi kejap. Aku nak pegi tandas. Lagi satu, kalau aku terlambat, tolong cakap kat en Am ye. Jangan tinggalkan aku pulak.”Amira hanya mengangguk dan berkata, ” Kalau tinggalkan kau pun sempoi jugak. Hehehe.” Naim mengecilkan matanya sebagai tanda amaran dan geram.Amira melihat ke arah Zairi. Dalam hatinya, ” Comel jugak Zairi nie bila tidur. Muka macam baby face. Tenang ja tengok dia tidur.”Setelah hampir 10 minit, Naim kembali ke van mereka. Naim ternampak cara Amira memerhatikan Zairi mempunyai maksud yang tersembunyi. Dengan perlahan-lahan, Naim menapak ke arah Amira.“Waduh..waduh….Cutenya muka Zairi nie bila tidur. Anak sapa la nie? Kan Amira kan? Kau pun dah jatuh hati kat dia erk?” sampuk Naim. Amira terkejut dengan kedatangan Naim. Dia sendiri tidak menyedari bila Naim berada di sisinya. Dia mula menyusun katanya, “Eh. Mana ada. Aku tengok muka dia nie biasa ja. Tak da yang cute pun. Ada mata. Ada hidung. Ada mulut. Kat mana yang comelnya?”Naim membalas, “Kalau tak comel, yang kau tengok dia macam nak buat laki tu kenapa cik Amira?”“Mana ada. Dah kau suruh aku tengok-tengokkan dia. Aku tengoklah. Apa yang tak kenanya?” kata Amira.“Eleh. Malu-malu tapi mahu.” Zairi mencelah.“Diam lah kau. Pergi main jauh-jauh.” Amira cuba untuk menamatkan perbualannya dengan Naim. Hati Amira merungut, ” Macam mana la boleh terkantoi nie. Depan Naim pulak tu. Masak aku lepas nie.”Akhirnya mereka tiba di lobi hotel. Selepas itu, mereka beredar ke kamar masing-masing. Mereka tinggal di bilik yang sangat selesa dan mempunyai kemudahan yang baik.  “Korang tengok tu, monyet-monyet tu duduk kat depan kita pulak. Kata nak bercuti. Macam mana la aku nak bercuti dengan tenang kalau macam nie?” Amira mengeluh.“Tak pa la Amira. Doa je la banyak-banyak. Mesti okay punya lah.” Balas Fadhilah. Shima hanya mengangguk.selesai solat Asar, Amira, Fadhilah dan Shima memilih untuk berehat-rehat di tepi pantai. Mereka duduk di kerusi rehat yang disediakan oleh pihak hotel.“Weh. Apa kelas hanging atas kerusi. Meh sini lepak dengan kitaorang kat bawah. Duduk atas tikar nie. Makanan pun ada.” Naim mempelawa mereka. Mereka bersetuju kerana daya penarik terdapat di situ. Makanan. Mereka berenam makan bersama-sama. Kemudian, Zairi mencapai gitar kesayangannya dan mula memainkan lagu.Zairi mula menyanyikan lagu “Itu Kamu” nyanyian kumpulan Estranged.“SEDAP la suara Zairi tadi. Cair aku dibuatnya.” Shima memecah kesunyian.“Betul. Sweet la. Tapi kan aku tengok, Zairi asyik tengok kat Amira je waktu nyanyi lagu tu. Kau nampak tak Shima.” Fadhilah menyambung perbualan Shima.Amira membalas, ” Mana ada. Zairi tu juling kot. Itu yang korang nampak macam tu.” Sebenarnya, Amira juga merasakan perihal yang sama. Untuk menyedapkan hatinya, dia hanya diamkan dirinya sahaja. Tetapi, apakan daya. Hati tidak dapat berbohong. Memang dia seperti sudah jatuh hati kepada Zairi.Pada masa yang sama, dalam bilik Zairi,“Kau suka kat Amira ke bro?” tanya Naim.“Entah la. Aku pun tak tahu.” balas Zairi malas.“Habis. Waktu kau nyanyi lagu tadi, kau asyik tengok Amira je. Tak suka lagi kalau dah macam tu?” Naim cuba menyelami isi hati Zairi.“Nampak ke? Huhuhu. Aku pun rasa macam aku dah tersuka kat dia. Dia macam ada something yang special. Bila dia senyum, aku pun boleh rasa sibuk nak senyum sekali dengan dia.” Zairi mula memberitahu isi hatinya kepada Naim. Dia tahu, Naim merupakan tempat yang sesuai untuk berkongsi masalah. Naim berfikir sejenak, ” Kau tak nak cakap kat Amira ke? Sebab aku rasa dia pun macam suka jugak kat kau.”“Kalau dia reject aku macam mana? Aku tak boleh terima jawapan tu.” kata Zairi resah.“Think positive la bro. Try aje.” Naim cuba menyakinkan sahabatnya itu.“Biarlah dulu. Aku cuba baik-baik dengan dia dulu. Dah la. Aku nak tidur. Good night. Kau tu jangan lupa basuh kaki. Jap gi kalau kau tidur mengigau, aku sepak kau jatuh katil. Hahaha.” balas Zairi.Naim melompat ke atas Zairi, “Kau nak sepak aku ye Zairi? Kau nie memang kawan yang terbaiklah. Meh sini sayang. I nak peluk you. Nak kiss pun boleh.”“Weh. Aku bukan gay la. Tepi ah. Aku nie suci lagi tau. Aku call mak kau report pasal perangai tak senonoh kau nie.” kata Zairi sambil ketawa.“Tak apa. Mak aku memang nak sangat kau jadi menantu dia. Hahaha.” balas Naim.Shahrul yang baru lepas mandi terkejut melihat rakan-rakannya itu, “Weh, korang nie apahal? Memekak je. Lain kali ajak aku sekali. Baru best. Hahaha.” Begitulah mereka tiga sahabat.Zairi cuba mendekati Amira tetapi Harris,budak pejabat yang jarang dia tegur menghampiri Amira. Terbantut hasrat Zairi ingin meluahkan perasaannya itu.”Kacau betol la mamat ni.”Geram Zairi. Hampir seminggu mereka di sana dan kini mereka menuju pulang ke Ibu Kota.
                                                                   BAB7

              Zairi menghadiri satu majlis bersama dengan ahli keluarganya di Tanjung Malim. “Reunion Orang-orang Berek Polis Slim River” telah diadakan bagi meraikan orang lama seperti ayah Zairi. Zairi terkejut apabila melihat Amira ada disana. Baru dia perasan yang Amira adalah anak pakcik Dajwi,duduk sebelah blok aku. Zairi tidak sangka yang dia akan bertemu sekali lagi dengan Amira. Jodoh mereka. “Hai Amira..” sampuk Zairi apabila melihat Amira sedang mengambil juadah. “Zairi!!”terkejut Amira melihat Zairi menegurnya. Tidak sangka juga Amira. “kau buat apa kat sini Zairi?”tanya Amira pada Zairi. “Aku buat bodoh je..hehehhe” Zairi sengaja mengenakan Amira dengan ayat itu. Akhirnya mereka semakin rapat. Dari ayat aku dan kau bertukar kepada awak dan saya. Mereka saling bermesej. Kadang-kadang mereka keluar menonton wayang bersama. Dan suatu hari ketika mereka keluar berjalan-jalan di KLCC,“Zairi,sudikah awak menjadi kekasih saya untuk seminggu? Terketar-ketar suaranya menyatakan maksud sebenar. Zairi agak terkejut. Amira tertunduk malu mungkin dia fikir Zairi menolak cintanya. Mana mungkin Zairi tolak peluang keemasan itu. Dia sememangnya ada hati terhadap Amira. Zairi bersuara. “Amira kenapa seminggu?pelik la,patutnya awak cakap la seumur hidup ke?ok la juga saya dengar,ni tak seminggu je. Apa kena dengan awak ni Amira? Awak biar betul Amira? Awak nak ke orang macam saya ni?”Zairi semakin banyak pertanyaan untuk Amira. “Kenapa dengan saya?xde pape la. Saya serius la ni.”terang Amira kepada Zairi. “bukan apa,kan ramai lelaki yang nak dekat ngan awk. Awak yang jual mahal. Harris,Fendi, dan emm mat salleh celup tu?”ujar Zairi. “Iskandar eh?”tanya Amira. “mamat tu ritu langgar saya kat café,abis basah baju saya. Saya rasa mamat tu sakit hati bila saya rapat dengan awak kot. Kes cemburu. hehehe“tanpa Zairi perasan,Amira sedang tersenyum. “pesal awak tersenyum cam kambing ni?ngomel Zairi kepada Amira. “sebenarnya awak Nampak cute la bila macam ni. Tak sampai hati nak saya stopkan awak berceramah seperti mat sabu.”kata-kata Amira sebentar tadi membuatkan Zairi tersipu malu. Entah kenapa bila berhadapan dengan Amira,Zairi terasakan sesuatu yang amat indah. Perasaan yang asing kini singgah didasar lubuk hati Zairi. Perlahan-lahan Zairi akui yang dia sememangnya jatuh hati pada Amira sejak mula mereka berjumpa di suatu majlis “reunion family” di Tanjung Malim dahulu.”so,sekarang awak da jadi my steady girlfriend,sweetheart. Amira pula yang tersimpul malu. Zairi menghantar pulang Amira kira-kira jam 11malam. Malam itu Zairi melayan Amira seperti seorang puteri kayangan. Layanan dia pada Amira membuatkan Amira terbuai oleh perasaannya sendiri. Zairi tersenyum sendirian mengingatkan kembali kisah malam yang indah itu. ucapan sayang dan kata-kata manis sentiasa menjadi halwa telinganya. Namun apa yang Zairi peliknya kenapa hanya seminggu Amira ingin menjadi kekasih hatinya?Zairi sanggup walau seumur hidupnya hingga ke hujung nyawa mereka. Kedengaran lagu “Doaku untukmu sayang” di telefon bimbit Zairi. “Siapalah yang mengganggu aku awal pagi ni.”ngomel Zairi seorang diri. Lalu dengan perasaan malas dia mengangkat telefonnya. “Hello…sapa ni?Soal Zairi sengan suara separuh sedar. “Assalamualaikum. Awak tak bangun lagi ke?”suara Amira lembut sahaja menyapa Zairi. “Bangunlah da subuh ni. Lepas ni tido la semula.”sambung Amira. Zairi bergegas bangun,malu dia pada Amira kerana kejutkan dia. Selalunya locengnya yang berbunyi membangunkan Zairi bersembahyang subuh tetapi kemungkinan dia bermimpi yang indah sampai tidak sedar jam locengnya berbunyi. Zairi dengan rasa malunya menjawab “Ye sayang da bangun ni.” Dengan suara yang romantik Amira mengucapkan salam.  Sempat juga Zairi membisikkan kata rindu.”Aduh mamat ni lama-kelamaan aku cair habis kang.”Gelak Amira dalam hati. Dunia Amira terasa lain sekali. Inilah nikmatnya cinta yang selama ini dia nantikan. Sepanjang seminggu tersebut banyak masa Amira luangkan bersama Zairi. Bahasa mereka menjadi bahasa cinta yang tak dapat digambarkan. “Alangkah indahnya hidup ini.” Bisikan cinta daripada Zairi serta ucapan sayang sering menjadi halwa telinga Amira. Seperti  Romeo dan Juliet yang sedang berkasihan. Namun selepas seminggu berlalu, Amira mula menjauhkan diri. Zairi mula kebingungan dengan sikap Amira yang berubah secara mendadak. Adakah ini yang dimaksudkan tempoh seminggu sudah berakhir maka berakhirlah juga cintanya pada Zairi? “Amira adakah aku ni yang bodoh? Dipermainkan oleh wanita sepertimu? Ko kejam Amira.” Airmata seorang lelaki yang susah mengalir akhirnya jatuh berlinangan. Zairi terlalu sedih. Dia cuba melelapkan matanya tetapi setiap bayang wajah Amira bermain dimindanya. Tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi. Rasa malas Zairi untuk mengangkat telefon tersebut namum dia gagahkan jua. Kelihatan nama Eyka,adik Amira yang tertera. “Eh apa yang membuatkan adik dia call aku?” getus Zairi dalam hati. “Hello..Assalamualaikum Abang Zairi,Eyka ni,boleh abang datang jumpa Eyka tak? Ada benda Eyka nak bagi kat abang ni..”Terang Eyka yang ingin memberi sesuatu kepada Zairi. Zairi segera mandi dan bergegas keluar untuk berjumpa dengan adik Amira. “abang Zairi..kak Amira ada bagi saya surat suruh berikan kepada abang. Abang baca la nanti apa yang akak tuliskan. Dia bukan sengaja ingin mempermainkan perasaan abang Zairi.” Eyka cuba yakinkan Zairi yang kakaknya bukan seperti yang dia fikirkan. Zairi terus beredar dari situ dan menuju pulang ke rumah. Hasrat ingin membaca surat tersebut terbantut apabila mendapat panggilan daripada ibunya. Ibu Zairi menyuruh anaknya pulang ke kampung kerana ada hal yang ingin dibincangkan. Zairi segera mengemas pakaian ke dalam beg. “Apa agaknya hal yang penting sangat tu sampai ibu aku suruh pulang tu.” Zairi terasa hairan dengan hal penting yang ibunya ingin dibincangkan. Emmm..esok pagi-pagi aku gerak la.”Getus Zairi dalam hati. Zairi berbaring dikatil dan teringat akan surat yang diberi Eyka dari Amira. Dibuka Zairi surat tersebut.

Ke hadapan orang yang saya sayang dan cintai,Faiz Auzairi,


Pertama kali saya ingin memohon maaf jika selama ini saya buat salah atau tersalah cakap kepada awk. Bukan niat saya ingin menggores hati dan perasaan awak tetapi saya ada sebab kenapa saya lakukan begitu. Saya sayangkan awk lebih dari saya sayang diri saya tetapi jodoh kita bukan bersama. Mungkin awak akan berjumpa dengan pilihan awak yang lebih baik dari saya. Pernahkah awak ingat balik pertama kali kita terjumpa? Saya terasa baru semalam kita kenal. Saya tak sanggup berpisah dengan awak. Saya juga tidak mampu melawan takdir. Ibubapa saya meminta hubungan kita diputuskan kerana mereka telah menerima pinangan orang lain. Saya tidak menduga yang family saya akan berbuat begitu tanpa pengetahuan saya. Lagi dua minggu saya akan ditunangkan dengan orang itu. maafkan saya sayang. Walaupun singkat kita couple, akan saya hargai setiap masa yang awak luangkan bersama saya. Percaya lah,saya tidak pernah akan melupakan awak. Saya harap awak tidak berdendam dengan saya. I love u,sayang!


Yang mencintaimu,
Fatin Amira. 


Tersentuh hati Zairi setelah membaca surat tersebut. Hanya air mata sahaja yang mampu keluar. Bukan senang untuk melihat seorang lelaki seperti Zairi mengalirkan air mata. Zairi menjerit sekuat hati sehingga Naim perasan akan jeritan Zairi itu. “Ko ni napa bro?ok ke tak ok ni?” Zairi hanya diam sambil menangis. Keesokkan harinya Zairi bangun dengan mata yang bengkak.”Aduh..macam mana nak balik dengan mata yang bengkak ini?”Desus Zairi. “Naim,ko nak ikut aku balik kampung tak?”pertanyaan Zairi kepada Naim. “Sori la bro,aku tak boleh balik la,kerja banyak nak kena summit ni. Ko balik lelok tau,ade pape kol aku.”Terang Naim yang dia terlalu sibuk minggu ini. Ikutkan hati Naim,dia ingin menemani temannya itu tetapi apakan daya. Zairi memakai cermin mata hitam bagi mengelakkan orang lain perasan mata dia yang bengkak. Dia teringat akan isi-isi surat yang ditulis Amira kepadanya. “Betul ke dia akan jadi hak orang lain?oh…Tidak!! Dia hak aku!!”Zairi masih tidak puas hati dengan apa yang Amira tulis. Dia merasakan Amira sengaja ingin menguji dia. “Aku akan ke rumah Amira untuk selesaikan masalahnya ini..aku tak sanggup kehilangan dia.” Bicara dia dalam hati. Akhirnya Zairi tiba dirumah ibunya. Senyuman palsu terpaksa diberikan agar ibunya tidak perasan akan masalahnya itu. keesokkannya awal-awal pagi dia sudah keluar tanpa memberitahu ibunya yang dia ingin ke Pulau Pinang. “Amira..!!Amira…!!Amira…!!!! Berulang kali Zairi memanggil nama itu tetapi tiada sesiapa yang keluar. Dia cuba menghubungi Amira tetapi tidak diangkat. Amira sememangnya tidak mahu mengangkat panggilan itu kerana takut tidak dapat mengawal emosinya. Air mata Amira mengalir membasahi pipinya. Dia tidak dapat berbuat apa kerana ini keputusan keluarganya. Hanya kata-kata kemaafan yang mampu Amira lafazkan pada gambar Zairi yang dia simpan sahaja. Setibanya Zairi dirumah,ibunya berulang kali tanya kemana dia pergi tetapi dia hanya membisu sahaja. Setelah makan malam,Zairi meminta izin kepada ibunya ingin ke bilik tetapi dihalang ibunya kerana ingin bincangkan sesuatu. “Zairi..ibu ada hal penting nak bincang dengan kamu. Kamu dengar baik-baik apa yang ibu ingin sampaikan ini.”jelas ibunya. “Ada apa ibu?”tanya Zairi yang tidak bermaya. “Begini,tempoh yang ibu beri kepada kamu untuk bawa menantu jumpa ibu telah tamat dan ibu sudah pun carikan kamu calon. Nak atau tak nak,kamu kena terima,!”Tegas ibunya yang telah muktamad ingin jodohkan Zairi dengan anak kawan ibunya. “emmmm..ikut suka ibu la..orang ikut je.”ternyata Zairi pasrah dengan apa yang berlaku setelah Amira dijodohkan dengan orang lain. “Tapi ibu,kena ada syarat. Orang tak nak kenal dengan gadis itu sehingga la hari akad nikah.” Zairi memberi syarat kepada ibunya sambil meminta izin ke bilik. “Tut…tut…tut…”Telefon Amira berbunyi menandakan mesej masuk. Dia membuka inbox dan tertera nama Zairi. “Assalamualaikum awak..maaf mengganggu..saya ingin mengucapkan selamat berbahagia kepada awak nanti. Terlanjur mesej ni,saya ingin katakana yang saya akan bertunag dengan gadis pilihan ibu saya.”Amira agak terkejut dengan mesej Zairi. Dia fikirkan Zairi akan sedaya upaya mendapatkannya tetapi tidak. Zairi seolah-olah sudah berputus asa. Terasa malas Amira ingin membalas mesej tersebut. Hari yang dinantikan telah pun tiba. Kini Amira telah menjadi tuning orang. Amira seperti Zairi juga,tidak mahu mengenali bakal suaminya sehingga hari akad nikah. Tempoh pertunangan hanya dalam tiga bulan. Zairi hanya terperap dirumah. Mood hendak keluar bersiar-siar hilang. “Selamat Malam Sayang” ayat yang ingin dia mesej kepada Amira tetapi terbantut apabila teringat yang Amira kini sudah menjadi tunang orang lagi.

                                                                   BAB 8

             Zairi terasa bosan duduk dirumah pada hari cuti. Kalau dahulu,ada teman yang selalu keluar bersamanya tetapi kini temannya sudah hampir menjadi hak orang lain. Dia segera mencapai telefon dan cuba menghubungi seseorang.”Assalamualaikum…..” suara Zairi seolah-olah terhenti apabila suara lelaki yang menjawab. “Opss…sorry,salah dial.” Segera Zairi mematikan panggilannya itu. Hasrat ingin berbual bersama Amira,namun suara lelaki yang muncul. “Suara siapa?tunang dia ke?”tertanya zairi sampai menghempas telefonnya ke katil. “Biarlah kan dia,orang da lupa kat aku,aku nak ingat dia buat apa!”terasa geram zairi dengan suara tersebut.Tarikh perkahwinan hanya tinggal dua minggu. Persiapan semuanya dari segi baju,mak andam,kad jemputan,semua ibunya yang urusankan. Bukan Zairi tidak mahu buat tetapi dia malas hendak ambil tahu hal itu. Dia buat semua ini pun sebab Amira tinggalkan dia. Demi menjaga hati ibunya,dia terpaksa menerima calon ibunya walaupun dia tidak pernah melihat siapa calon itu. Bagi dia,tidak penting semua itu. Amira segalanya bagi dia. “sampai hati ko buat aku macam ni Amira. Aku sayang ko lebih dari diriku sendiri.”Zairi seolah-olah tidak boleh terima kenyataan itu. Hari yang ditunggu telah pun tiba. 20.11.2011 adalah tarikh akad nikah Zairi bersama tunangnya. Hari itu juga hari pernikahan Amira. Zairi terasa sedih untuk meneruskan majlis pernikahan ini kerana hatinya masih lagi kepada Amira. “Kalaulah gadis yang aku ingin nikah ni adalah Amira,alangkah indahnya hidup aku.”perlahan suaranya berkata kepada Naim. Naim hanya membalas dengan senyuman sahaja. Tok kadi semuanya sudah sedia. Pihak pengatin perempuan nampaknya sudah lama hadir. Zairi hanya menundukkan mukanya tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Sesekali dia cuba memandang wajah bakal isterinya tetapi tidak nampak. “Mungkin bakal bini aku ni sama situasi macam aku,kahwin terpaksa.” Zairi berkata dalam hati sambil mengambil tempat duduk di hadapan Tok kadi. Sebelum dinikahkan, Tok kadi bertanya kepada pihak lelaki dan pihak perempuan samaada mereka setuju dinikahkan. Setelah dijawap setuju oleh kedua-dua pihak,maka akad nikah dijalankan segera. “Aku nikahkan kamu bersama Fatin Amira binti Ahmad Dajwi dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Tergamam Zairi apabila nama “Fatin Amira” yang disebut Tok Kadi. Zairi berpaling kepada wajah bakal isterinya. “Sah!!”zairi terasa terkejut sampai terjerit dia. “Apa yang sah nya?kamu belum jawap apa yang tok kadi kata tu.”Tegur ayah Zairi sambil tersenyum kepadanya. Zairi terasa malu dengan apa yang terjadi. Mukanya merah,begitu juga dengan wajah bakal isterinya iaitu Amira yang tadinya muram tiba-tiba menjadi terlalu gembira. Hanya Tuhan sahaja tahu apa perasaan mereka masa itu. “terima kasih tuhan atas apa yang engkau berikan.”berdoa Zairi dalam hati sambil air matanya mengalir kegembiraan. “kamu ni nak nikah atau tidak ni?”gurau tok kadi kepada zairi setelah melihat zairi asyik terpandang wajah Amira. “Maaf imam,saya akan teruskan akad nikah ini.” Terpancar wajah kegembiraan di muka Zairi. “Aku terima nikah Fatin Amira Binti Ahmad Dajwi dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Dengan jelas dan teraturnya dia menjawab lafaz tersebut. Akhirnya mereka telah disatukan bersama. Cincin disarungkan ke jari manis pengatin perempuan menandakan terbatalnya air sembahyang Zairi. Kucupan diberikan ke dahi Amira. Kegembiraan tidak terkata. Akhirnya termakbul doa Zairi selama ini. Masjid yang diimpikan telah pun dibina bersama orang yang disayangi. Mereka tidak menyangka yang kedua-dua keluarga mereka membuat perancangan begini. Setelah seminggu disatukan,mereka tidak pernah berpisah. Kemana sahaja Zairi pergi pasti Amira akan ikuti. Abang long telah menghadiahkan satu percutian “Honeymoon” ke Pulau Langkawi kepada Zairi. Dalam perjalanan ke sana,Zairi sentiasa memandang Amira dengan senyuman yang menggoda. Amira menjadi malu sehingga merah wajahnya. “Sayang,nak tahu taka pa yang abg rasakan?”soal Zairi kepada isterinya. “erm..mana lah sayang nak tahu apa yang abg rasa. Hati abg ngn sayang kan lain. Hehehehe…”menjawab Amira sambil tergelak. Zairi menarik hidung Amira kerana gelakkan dia. “ala…sorry la..sayang main-main saja. Jangan la buat muka macam cuka.”pujuk Amira dengan manja setelah suaminya membuat muka masam. “tau pun takutkan..hehhehe” Zairi kenakan Amira balik. “sebenarnya,abang terlalu sayang kan sayang. Rasa tak nak berjauhan dengan sayang. Kemana sayang pergi,abang nak ikut aje.”luah perasaan Zairi kepada Amira. “sayang pun macam tu juga abang. Hanya abang seorang yang berada di hati sayang. Sayang nak menjadi bidadari abang di syurga nanti.” Amira menyampaikan hasratnya sambil memeluk tangan Zairi. Suasana didalam kereta menjadi sunyi apabila Amira melelapkan matanya. Zairi memasang radio. Lagu “Kalau Berpacaran” nyanyian Ana Rafali mencuit hati Zairi. Tersenyum sendirian dia apabila teringat kisah bercinta dahulu. Teringat dia satu demi satu kekasih lamanya. Dari zaman sekolah hingga la ke alam university. Selepas masuk alam pekerjaan dia hanya membujang sampailah terjumpa isterinya sekarang. “hai abang,tersengih sorang-sorang ni,napa?sudah tak betul ke?risau juga sayang nanti..hehehe.”peril Amira setelah melihat suaminya tersengih seorang diri. “dah terjaga rupanya sayang abang ni. Mana ada tersengih,abang tengok sayang buat peta,tu yang tersengih.hehhhe.”Zairi ketawa mengenakan Isterinya balik. Muka Amira menjadi masam. Zairi menjadi takut kalau Amira terasa dengan apa yang dia guraukan tadi. Cepat-cepat dia pujuk isterinya. Akhirnya mereka sampai di jeti Kuala Kedah. Mereka naik feri dari situ untuk ke Pulau Langkawi.  Mereka menetap di The Danna Langkawi Hotel. Hotel yang agak mewah tetapi bukan selalu mereka hendak menetap dihotel macam itu. Hampir seminggu mereka di Langkawi. Semua aktiviti dilakukan bersama. Semua tempat sudah dikunjung. Buah tangan,coklat dan apa sahaja yang popular di sana,pasti dibeli Amira,yang menjadi mangsa pastilah Zairi kerana terpaksa angkat semua barang itu. Apa nak buat kalau sudah sayangkan. Makan malam disediakan di tepi pantai dengan diterangi cahaya lilin. Meja dihiaskan dengan sekuntum bunga Ros merah. Dengan spontannya Zairi memanggil pemain muzik untuk menyanyikan lagu Belaian Jiwa,nyanyian Innuendo untuk isterinya dengan diiringi pemain gitar.

Seindah tiada lagi kau kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini
Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya
Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa


Semua orang yang berada disitu bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada Zairi atas keberaniannya. Amira terpegun dan tersentuh hatinya dengan nyanyian Zairi. Tidak disangka yang suara suaminya merdu sekali.  Sungguh romantik suasana malam itu. Satu kucupan sayang diberikan Zairi singgah di pipi Amira. Amira menjadi malu dengan orang ramai yang sedang memerhatikan mereka dari tadi. Malam yang indah,akan pasti dikenang mereka berdua sampai akhir hayat.

                                                                   BAB 9
Sudah 6 bulan mereka sah menjadi sepasang suami isteri. Rutin harian seperti biasa. Sewaktu di pejabat,Zairi  terasa pening kepala. Mungkin cuaca yang tidak menentu,kadang-kadang hujan kadang-kadang panas. Zairi hanya memandang remeh dengan kesihatannya. Mesyuarat tergempar diadakan dan Zairi berasa tidak sedap badan. Zairi hampir pitam semasa mesyuarat tersebut dan dia diberi cuti setengah hari oleh bosnya.”amboi Zairi,ko ni tengah berbadan dua ke?hehehe..”ajuk kawan pejabatnya setelah melihat Zairi hampir pitam seperti orang yang sedang mengandung. Zairi terus pulang ke rumah tanpa mendengar nasihat bosnya yang suruh dia membuat rawatan di klinik. Amira serasa hairan suaminya pulang awal ke rumah. “abang tak sihat lah sayang. Kepala terasa sakit sangat,mungkin sebab cuaca panas dan hujan kot.” Terang Zairi kepada isterinya sambil menyerahkan beg dan lalu naik ke atas untuk ke bilik. Rumah teres yang baru dibeli Zairi agak besar jugak dengan memiliki 4 bilik tidur dan 3 bilik air. tanpa mandi dan basuh kaki,Zairi terus baring di atas katil. “kecian laki aku ni,tak sempat nak bagitahu,dia da tidur.malam nanti la aku bagitahu dia.” Amira seolah-olah ada benda yang ingin diberitahu kepada suaminya tetapi terpaksa lupakan seketika apabila melihat suaminya telah tidur. Tidak sampai hati dia ingin mengejutkan suaminya apabila azan maghrib berkumandang tetapi dia terpaksa kejutkan kerana tidak elok tidur masa maghrib. “abang,bangun bang..azan maghrib da..sembahyang dulu,nnti sambung tidur lagi.”aju Amira kepada Zairi sambil menepuk bahu suaminya. Sakit kepala semakin kurang sakitnya,Zairi menghabiskan masanya bersama Amira. “Abang,sayang ada benda nak bagitahu abang ni?” serius sekali apa yang ingin disampaikan Amira. “sayang ni,cerita la apa yang sayang nak bagitahu abang tu. Seolah macam hal penting je. Sayang nak bagi abang kawin lain ke.?hehhehe”Zairi bergurau dengan isterinya. “abang ni,kesitu lak,tak nak la dimadukan..”agak sedih suara Amira. “Abang bergurau la sayang.”pujuk Zairi setelah melihat isterinya sudah merajuk. Bukan Zairi tidak kenal perangai Amira,cakap sedikit,mesti nak merajuk. “tau pun takut kan..erm..sebenarnya sayang…..”terputus-putus suara Amira,sengaja dia buat begitu untuk melihat reaksi wajah suaminya itu. “napa sayang?” agak takut Zairi dengan apa yang ingin disampaikan oleh Amira. “hehehhehe..sebenarnya sayang mengandung la abang..pagi tadi sayang jumpa doctor,dia cakap sayang mengandung 2 bulan.” Jelas Amira sambil memegang perutnya. “Alhamdulillah…tak lama abang nak jadi daddy..” senyum Amira mendengar kata-kata Zairi. “minggu ni kita balik kampong ek,kita buat kejutan kat ibu dan ayah…”Zairi mengajak isterinya untuk pulang ke kampong pada minggu ini. Perut Amira semakin membesar. Dia tidak sabar untuk menjadi mama. Sementara itu,Zairi sering mengalami sakit kepala tetapi dia degil untuk berjumpa doctor. Setelah didesak,akhirnya dia berjumpa doctor juga. “En. Zairi,saya ada hal penting nak bagitahu kamu. Sebelum itu,kamu kena sabar dan tabah mendengar penjelasan dari kami. Setelah kami membuat pemeriksaan terhadap en. Zairi,kami dapati ada darah beku dikepala kamu. “ wajah Zairi agak terkejut apabila mendengar penjelasan dari doctor. Zairi seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Terasa dunia ini gelap bagi dia. “Doktor,saya minta doktor jangan bagitahu kepada sesiapa pun,termasuk la isteri saya..please doktor..” zairi meminta doctor merahsiakan kesakitannya. Sejak Zairi ketahui penyakitnya,perangainya semakin berubah,tidak seperti dahulu yang sering kali bermanja dengan isteri nya. Zairi lebih banyak berdiam dan Amira terasa hairan dengan perubahan sikap suaminya itu. “abang,napa ni? Abang ada masalah ke? Sejak akhir-akhir ini sayang lihat abang tidak seperti dahulu. Napa bang? Amira ingin penjelasan dari suaminya kerana tidak sanggup melihat suaminya dalam keadaan begitu. “tak ada pape lah sayang. Cuma banyak keje kat pejabat. Sayang jangan risau la. “ Zairi cuba meyakinkan isterinya yang dia tidak mempunyai masalah. Hari demi hari berlalu,kesihatan Zairi semakin lama semakin teruk tetapi dia pandai menyorokkan wajah kesakitannya terhadap Amira. Perut Amira semakin besar,sudah memasuki 5bulan semakin tidak sabar Amira ingin menjadi mama. Bermacam-macam nama yang dia pilih untuk bayinya nanti. “Faiz Najmi…sedap juga nama ni kalau bagi kat baby aku nanti..”tersenyum Amira sendirian sambil memegang perutnya. “Abang..Ya Allah…!!”Amira terkejut melihat Zairi pengsan dan terus berlari kea rah suaminya itu. Amira ketakutan. Fikirannya bercelaru dan bingung. Dia mencapai telefon dan cuba menghubungi ambulans. Suasana riuh di hospital apabila Amira tidak henti-henti menangis dan berdoa agar suaminya tidak ada apa-apa. Keluarganya menenangkan Amira.”Amira…sabar nak..insyallah Zairi ok..”ibu Zairi cuba menenangkan Amira sambil memeluk menantunya itu. “Doktor,macam mana keadaan suami saya? Dia tak ada apa-apa kan?”Soalan yang dilemparkan Amira setelah melihat doctor yang merawat suaminya keluar. “Ye doktor,anak saya ok kan? Ibu Zairi menyampuk untuk tahu keadaan anaknya itu.”Saya harap kamu semua tabahkan hati bila saya terangkan apa sebenarnya berlaku kepada Zairi. “Wajah Amira dan keluarga Zairi agak terkejut seolah-olah terjumpa hantu bila doktor ingin memberitahu sesuatu yang amat penting. “Apa dia Dok?” Amira tidak sabar ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. “Begini,sy pernah buat pemeriksaan pada Zairi dulu tetapi dia tidak mahu saya bagitahu sesiapa termasuk lah isterinya. Atas pemeriksaan saya dulu,terdapat ketumbuhan dikepalanya. Saya tak pasti kalau dibedah sekarang selamat ataupun tidak.”terang doktor kepada mereka dan reaksi mereka memang benar terkejut. Mereka tidak sangka yang Zairi merahsiakan penyakitnya kepada semua orang. “Ya Allah…”hanya nama tuhan sahaja yang muncul dalam mulut Amira sebelum dia rebah ke lantai. Ibu dan ayah Zairi segera memapah Amira. Kesedihan terpancar di wajah mereka. Mereka tidak sangka terjadi perkara itu kepada ahli keluarga mereka. Mereka hanya mampu berdoa agar Zairi akan selamat menjalankan pembedahan. “Puan,semalam Zairi ada berjumpa dengan saya dan dia kirimkan surat ini kepada isterinya. Saya harap puan dapat berikan kepada Isterinya.”Doktor menyampaikan surat yang diberikan Zairi semalam kepada ibu Zairi setelah Amira pengsan. “Terima kasih doktor. Saya Harap doktor dapat selamatkan anak saya doktor.!”Ibu Zairi mengharapkan anaknya selamat.

Buat isteriku yang tersayang,Fatin Amira,
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
disaat sayang membaca warkah ini abang sedang bertarung dengan kesakitan.
Kesakitan yang tak tertanggung selama ini akan lenyap dalam sekelip mata. Buat pengetahuanmu isteriku,abang mengalami ketumbuhan didalam otak sejak tiga bulan yang lepas. sewaktu itu sayang memberitahu abang yang sayang telah mengandung anak kita. Abang gembira mendengar berita itu tetapi sedih ingin menceritakan apa yang berlaku kepada abang kepada sayang. Abang minta maaf sayang.

Mungkin kini abang tak lagi berada disisimu tapi ketahuilah yang abang masih memiliki hati yang bernyawa. Ya... hati tersebut kini dimiliki oleh anak kita. Kini abang sudah menjalani pembedahan dan abang redho andai abang pergi dengan cara begini kerana tempoh hidup abang juga semakin dekat. Sayang jagalah anak kita elok-elok. Besarkan dia dengan kasih sayang yang penuh. Kalau anak kita perempuan,pasti muka macam sayang dan kalau lelaki pasti muka macam abang kan..hehhehe.. jangan risau sayang,abang sudah sediakan segalanya untuk masa depan anak kita. Duit di bank,sayang guna lah kan untuk besarkan anak kita itu nanti.

Buat terakhir kalinya ingin abang mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiranmu sayang dalam hidup abang. Derita ini mati bila bersamamu kerana sayang la wanita yang telah mengetuk pintu hati abang. Abang redho kerana takdir tidak memihak kepada abang untuk membesarkan anak kita bersama sayang. Namun takdir juga telah menemukan abang denganmu sayang. Lepas ini,abang hanya akan melihat sayang dan anak kita dari jauh. Abang akan ingat sayang. I love u sayang. Selamat tinggal.

Yang ikhlas mencintaimu,
Faiz Auzairi


Sayu Amira membaca surat yang dberikan ibunya dari Zairi. Dia tidak dapat menahan kesedihannya dan tidak percaya apa yang berlaku terhadap orang yang dia paling sayang. “abang!!napa abang buat sayang macam ni?napa tak nak kongsi kesakitan bersama Sayang??”Amira meraung kerana tidak dapat tahan kesedihannya. “sabar nak,semua ini ada hikmah” Ibu Zairi tidak dapat menahan kesedihan setelah melihat menantunya meraung. “mama….mama…!!”suara anak kecil menyedarkan Amira dari termenung. Najmi Faiz,anak Amira dan Zairi yang kini sudah 5 tahun berlari ke arah mamanya setelah dikejar seorang lelaki. “Napa ni sayang?jangan lari-lari,nanti jatuh kang. Ni sorang lagi,suka sangat nak kacau anaknya. Abang ni!” Amira memberi amaran kepada anaknya sambil tersenyum Zairi. “Apa yang sayang termenung tu,dari jauh abang tengok. Sampai abang panggil pon tak dengar.”Zairi ingin tahu apa yang isterinya menungkan. “Tak ada apa-apa lah abang.” Amira cuba berdalih  untuk mengalihkan perhatian suaminya dari apa yang dimenungkannya. Akhirnya pembedahan membuang ketulan di otak Zairi selamat. Hampir 5 tahun berlalu. Mereka kini bahagia buat selama-lamanya dengan kehadiran si anak kecik,Najmi Faiz…

Khas untukmu Fatin Amira !! J


Monday 28 February 2011

HATI GEMBIRA(^_^)



TODAY,I’M SO HAPPY….WHY?I DON’T KNOW..HEHEHE..
TERASA TODAY XDE GANGGUAN,TEKANAN OR APE2 AJE LA..
WAT KEJE PON RELAX JE…
DA DUA ARI KOT XUPDATE BLOG..
SEBENARNYE XTAU NAK TULIS PE DLM 2 ARI 2,LGPON XDE SGT NAK ON9…
P UMAH MAKCIK,MKN KENDURI…HEHEHE..
BALIK PD KEJE TD,ARI NI SIAP SUME KEJE,JUST TINGGAL 1 TEMPAT JE YG XSETTLE LG..
XPE,SOK AKU ABEH KAN…PAS2,RELAX..HEHHE..
SETELAH 2 TAHUN APPLY SPA,BARU LA NI DPT…
DPT PEGAWAI BOMBA…MAK AKU CKP,TRY JE LA..MNE TAU ADE REZEKI..
UNTUNG2,CEPAT SIKIT KAWIN..HEHEHHE..(GATALJ)
HARAP2 DPT LA…DOAKAN AKU LULUS..HEHE…
KLU XLULUS,TERPAKSA LA KEJE KAT TELEKOM 2…HUHUHU..
ASAL LA TIBE2 RASA NAK DOK KAT KG JE..DA BOSAN KOT DOK KAT KL NI…
BILA LA AGAK NYE LEY DOK KAT KG KAN..HUHUHU